Thursday 8 May 2014

Vendeur festival Malaysia

Wah gila-gila. Lagi 2 hari jer lagi penjual online tudung, jubah, skirt dan butik online buka booth kat sini. Ada 400l ebih butik2 ni bergabung dalam satu tempat.

Selalunya beli online jer tudung2 ni. Nak tengok dan beli kat luar payah sangat. Budak kecik ni melekat jer kejer dia. Kalau beli online bertambah la harga tudung tu dengan kos penghantaran.

Lusa ada potongan 70%. Harapnya ada la tudung gan jubah berkenan untuk buat gi kenduri kahwin hehe. Kena budget bawak duit ni kalo tak mau penuh tangan bawa beg plastik.

Yang penting hubby rajin bawa. Dia bukan berkenan nak gi tempat sesak2 ni. Silap2 dia bawak tapi duk luar stadium ni. Malam besok nak pujuk baik punya haha. Start Sabtu ni kul 10. am mau kul 9.30 dah terpacak . Kalo lambat orang pun ramai dan nak pilih pun susah. Yea tak ..

Antara yang terlibat Adijuma, Jelitasara, Sugarscaf dan banyak lagi..
Ish tak sabar rasanya


Wednesday 30 April 2014

Lucifer

Ha ni dia kucingnya. Nama Lucifer, tah mana dtg nama omputih ni. Rasanya tgk citer Cinderalla kot. Jumpa belakang rumah. Satu2nya kucing jalanan yang dikutip dan bela di dalam rumah. Masa ambil dia pun kecik lagi..masa tu umur baru 3 bulan rasanya.

Bela pun sebab hubby yang kata comel dan suruh kutip..kalo tak tengok dari jauh jer la tak berani nak kata apa2 takut kena marah kalau bawak balik.

Lucifer ni pelik sikit cam bijak lak. Ada satu bola bulu tu dia berkenan betul. Dia akan gigit bola bulu tu dan datang kat kita ajak main. Jadi sapa2 yang dia bawak bola bulu tu akan main la dengan dia, tu pun kalau rajin heheh.

Jadi bola bulu tu kita baling dan dia akan tangkap bola tu dan bawak lagi kat kita. Macam anjing lak heheh.

Ada masa saya akan upload video si budak Lucifer ni yea.

Okey jumpa lagi


Thursday 24 April 2014

Kucing luar buat hal

Adus bertambah kerja pagi ni. Bukak2 pintu jer bau taik kucing cirit. Sah kejap lagi bebel la suami ku. Memang betul pun. Bersepah taik dan air kencing atas lantai porch keter. Sib baik tak kena motor gan keter. Mau melenting hubby dibuatnya. Mula la suh buang kucing kat luar tu. Geram betul la ni mesti kucing yg  bg nama playboy datang singgah wat hal kat porch kereta depan ni. Kalau tak ok jer kucing kat luar yang 4 ekor ni berehat dan bermanja malam2.

Sat lagi kena la pilih seekor buang. Tak nak la pasal kucing kang tak bertegur sapa gan hubby. Speddo kecik lagi baru 5 bulan. Speedy dah setahun bela dari baby lagi, tarikh lahir 30.03.2013. Kembang mak Speedy baru beranak tapi tak nampak pulak mana dia letak baby dia. Batman kucing belakang pas tu menempek gi depan pas tu wat2 manja.

Hish nampaknya Batman la kot jadi mangsa.
Sorry sayang bukan mama sengaja tapi terpaksa. Semoga jumpa tuan yang baik dan boleh jaga Batman..sob.sob

Tuesday 15 April 2014

Beranak dah..

Lama betul x tulis dlm blog..leceh la jugak..nak tulis byk pakai hp jer..nak beli laptop alienware x beli2 lg..chehwahh..

Hari ni nak citer pasal kucingku Lunny..dia dah beranakkan anak Backy..nak anak Snowy si putih tapi lain lak..x per la cuba lg next time gehe


Beranak hari Ahad 23.2.2014 pagi..kelakar betul.rupanya kucing ni nak beranak riuh sekampung..bising jer dia..pas tu igt nak buang air besar..sebab angkat punggung..cepat2 masuk dlm sangkar terus kuar sekor hitam legam..ish sah anak Backy..Keluar 5 ekor ..kecik2 jer..esoknya mati seekor.

Skrg tinggal 4 ekor 2 hitam 2 kelabu..Sekejap dah besar.masuk seminggu ..x tau la bulu kembang ker x nanti..Harap sihat la hingga besar.

Friday 26 July 2013

Baby kitten

Anak sapa la ni..jumpa belakang compressor air cond..tu pun hubby bagitau dgr sora anak kucing kalo x mau mati sebab pasang air cond waktu nak buka. Rasanya dah lahir 3-4 hari ni sebab x der tali pusat. Masalahnya mak dia x dtg2 bagi susu anak dia mungkin yakut dengan si Kembang yang garang kot. 

6 ekor semuanya. Baru ari tu kemas rumah buang botol susu kucing. Harap anak kucing ni boleh survive lama.Jap lagi cuba picagari jer. Adus susah tau nak bagi anak kucing yang tak cukup bulan minum. Dah la geli pegang diaorg ni sebab lembik. 

Tak sanggup nak tanam kucing mati lagi   =( .

Jenny tak kembali lagi

1/6/2013 Setelah kian lami kami bela dia sehingga 6 tahun..tetiba aje dia hilang entah kemana.Orang kata kalau kucing nak mati dia akan lari dari rumah tak nak mati depan tuan dia ...tak tau la tu.

Hubby salahkan saya lak sebab jaga Kembang dan anaknya(kucing jalananan)..abis tu dah kesian nak wat cmana..Sejak jaga kembang kat posh kereta Jenny x berani nak masuk...dia akan tunggu jer atas tembok miaw sikit2 mtk makan...adus sedih lak rasa bila tulis entry ni.Dia paling manja gan hubby..Tau jer kereta kami lalu nak sampai rumah dia dari jauh dah leh kejar berlari balik rumah..

Dulu ada beranak bulus dan ekor kembang 2ekor...Dekat setahun hilang.. orang kata kena langgar tapi x nampak pun bangkai dia...musykil betul..Lepas tu beranak lagi tapi semua mati. Terus buat kasi mandul x bg beranak dah..kucing yang pandai melepaskan diri dari sangkar walaupun berkunci dan takut betul bunyi guruh dan kilat..kalau bukak pintu kelangkabut dia masuk rumah terus sembunyi belakang katil

Jenny maafkan mama yea sebab tak jaga Jenny baik2.

Friday 5 April 2013



Kucing mak ni namanya kembang sebab ekor dia kembang hehehe. Kucing ni kutip kat belakang rumah..dia memang manja..Bila petang2 jer pegi belakang sure ada jer dia..x pun kalo tahap badan ni nak berlemak panggil kat tinggap jer bagi makan ikan..masa kenal Kembang ni dia x bunting lagi...bila masa tah dia mengawan tengok2 perut dah makin besar..survey internet kucing tempoh bunting dalam 9 minggu jer...budget nak ambik dan jaga dia dalam tempoh sebulan jadi kutip la dia masa hari jumaat sebab cuti sekolahkan 28.3.2013...Bila pagi lepaskan dia sebab dia x reti buang air kat pasir yang disediakan..Satu hal la pulak nak cari dia ni...Jalan2 nak gi kat kedai burger tempat jumpa dia ..tetiba jer dia kuar dari kedai runcit...heheh cam tau jer orang tengah carik dia..30.03.2013..suh anak tengok dan lepaskan Kembang dia kata anak dia dah kuar...wah sib baik dia beranak dalam sangkar kalo x mau mati anak dia sebab anjing banyak keliaran pagi2.Anak dia 4 ekor..rasanya bapak dia ni pun oren gak kot sebab x der warna lain pun heheh.Wah bertambah la anak makcik nak jaga..dan payah la nak jalan jauh2 pas ni..Next week nak ikut hubby gi Tekam, Pahang 3 days 2 night dah tanya  maid orang sebelah dia kata boleh...sib baik la ada orang nak tolong.